MENINGGAL KETIKA MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum wbt.

Sayu hati bila dengar kisah kematian tak kira lah siapa pun si mati bagi kita. Tetap akan terasa sedihnya kalau terbaca bab ini.

Hidup ini tunangnya mati, cuma kita bersedia atau tidak je..

Baru-baru ni aku terbaca kisah isteri meninggal ketika melahirkan anak ke 4, sebab ada komplikasi. Allahu, semoga berbahagialah arwah di sana kerana sesungguhnya meninggal ketika melahirkan adalah dikira syahid! Khusnul khotimah! 

Hadist Dari ‘Abdullah bin Busr radhiyallahu anhu;
Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْقَتِيلُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ شَهِيدٌ وَالْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَمَنْ مَاتَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
Orang yang terbunuh di jalan Allah (fii sabilillah) adalah syahid; orang yang mati karena wabah adalah syahid; orang yang mati karena penyakit perut adalah syahid; dan wanita yang mati karena melahirkan adalah syahid. (HR. Ahmad, 2: 522. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth dan ‘Adil Mursyid menyatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim).
Kerana itulah, setiap wanita mengandung perlu berlapang dada dan bersedia dengan apa yang menanti di hadapan. Berbahagia dalam menikmati segala yang bakal berlaku kerana Allah dah susun cantik tak terperi. Kalau dah dekat dengan due date, bergembiralah kerana kalaupun terkorban; inshaAllah syurga menanti.. 
Perubahan hormon yang membawa kepada ketidakstabilan emosi perlu dikawal sebaiknya. Jangan terlalu ikutkan perasaan ya.. Memang time tu sensitif melampau, baju biasa pakai jadi tak cantik, selalu pakai kasut okay je tetiba tak selesa, suami bau busuk, suami dingin, ayam rasa kertas dan macam-macam lagi! Sabar, sabar dan terus sabar. Yakinlah dengan ganjaran pahala daripada Allah swt. InshaAllah, Amiin.


Comments